PETALING JAYA: Guru yang tular mengenai silibus ‘kayangan’ tahun 1, jadual padat dan isu beg sekolah berat, Mohd. Fadli Salleh dalam status Facebooknya mencadangkan supaya bekas tentera atau polis menjadi warden di semua sekolah berasrama penuh termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Hal ini bagi mendisiplinkan para pelajar selain dapat menimbulkan rasa lebih gerun pelajar terhadap warden yang bertugas dan lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak sekolah.
Katanya, selama ini, warden yang juga guru menerima elaun hanya RM240 sebulan selain terikat dengan jadual aktiviti asrama dan juga waktu pengajaran di sekolah selain hilang waktu berkualiti bersama keluarga di rumah.
“Kalau boleh, ambil dalam kalangan askar pencen ke, bekas polis ke, bekas komando ke lagi bagus. Baru disiplin pelajar makin tinggi dan mereka pun tak berani main-main.
Guru ni nak rotan murid tak boleh, nak tengking tak boleh, nak marah-marah pun tak boleh. Kemudian, bila berlaku kes buli nak tunding jari pada warden. Tak kena gitu weh.
“Kes buli di asrama ni kena hapuskan terus dari budaya di negara kita. Tak boleh biarkan kes seperti ini terus berleluasa. Banyak kes yang tak tersebar, yang warden dan pihak sekolah pun tak tahu. Yang mana pelajar hanya simpan dalam diam kes mereka dibuli sebab takut, diugut dan seumpamanya. Bahkan, sampai ke kolej, sampai pusat matrikulasi, sampai ke universiti budaya buli ni masih ada. Paling sedih, ada seorang kawan aku sampai pekak sebelah telinga akibat dibuli. Aku cukup setuju jika bekas tentera diambil menjadi warden untuk menjaga sekolah-sekolah berasrama di seluruh negara. Bagi korang macam mana? Soalnya.
Mohd. Fadli turut menyifatkan tugas sebagai warden dalam kalangan guru adalah sangat berat dan ia seperti mencuri masa warden untuk bersama-sama keluarga.
“Kebebasan warden hampir hilang. Hujung minggu nak keluar dengan anak bini pun susah. Nak pergi bercuti hujung minggu pun susah selagi ada pelajar kat asrama. Jika ada apa-apa berlaku kat pelajar dan warden tiada, masalah besar. Pukul 3, 4 pagi pintu rumah warden kena ketuk lagi. Ada pelajar sakit kena hantar hospital, ada yang mengadu kena buli ke apa, bunyi bising hingga terpaksa bangun ronda dan macam-macam lagi tugasan. Pelajar nakal ni, mereka tak buat jahat depan warden. Dan warden tak boleh ada 24 jam sehari bersama mereka,” katanya
Rata-rata netizan bersetuju dengan cadangan cikgu ini
“True color anak2 adalah di asrama bersama kawan2 mereka..depan guru2 lain..depan ibu bapa pun lain sikapnya…
Hanya warden yang tahu sikap mereka.
“Setuju dengan cadangan cikgu. Ambil warden dari luar bukan guru. Kita ibubapa pun kena turunkan kuasa mendidik pada guru dan warden. Biar mereka juga sama disiplinkan anak kita. Kita rakan kongsi pendidikan anak2.
Anak2 ni ada jugak yang 2 watak, kat umah lain, kat sekolah/asrama lain. Kat rumah nampak baik tapi kat sekolah dia laa taiko. Kalau salah tetap kena terima hukuman yang setimpal.
“Bila anak balik dari asrama, dengar luahan hati anak2. Jika mereka dibuli, ajar mereka untuk kata TIDAK dengan perbuatan yang tak sepatutnya. Jangan tadah jer badan tu.
Wallahu’alam.
” Setuju dengan cadangan cikgu. Ambil warden dari luar bukan guru. Kita ibubapa pun kena turunkan kuasa mendidik pada guru dan warden. Biar mereka juga sama disiplinkan anak kita. Kita rakan kongsi pendidikan anak2.
Anak2 ni ada jugak yang 2 watak, kat umah lain, kat sekolah/asrama lain. Kat rumah nampak baik tapi kat sekolah dia laa taiko. Kalau salah tetap kena terima hukuman yang setimpal.
“Bila anak balik dari asrama, dengar luahan hati anak2. Jika mereka dibuli, ajar mereka untuk kata TIDAK dengan perbuatan yang tak sepatutnya. Jangan tadah jer badan tu.
Wallahu’alam.
kredit: Fb Mohd Fadli Salleh
Kadang Anak Isteri Sendiri Tak Terlayan, Masyarakat Tak Tahu Kehidupan Sebenar Seorang ‘Warden’
Warden asrama merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga hal-hal berkaitan pelajar yang tinggal di asrama. Tidak kira masalah disiplin atau perihal kesihatan, warden orang pertama yang perlu bertindak. Ibarat seorang bapa kepada seluruh penghuni asrama, tugas warden sangat berat dan perlu banyak kesabaran.
Menerusi Facebook Mohd Nizam Abdul Latif, dia meluahkan rasa kesal terhadap beberapa pihak yang menunding jari kepada warden asrama apabila terdapat masalah yang berlaku di asrama. Baginya, tugas warden bukan sesuatu yang mudah dan tidak ramai yang mampu menggalasnya.
Terpaksa bertugas 24 jam
Elaun warden hanya RM240 sebulan sedangkan terpaksa bertugas 24 jam. Beberapa hari lepas, kecoh juga dengan kes mangsa buli menang kes dengan saman sebanyak RM616, 634.20.
Lebih kecoh keratan dari Sinar Harian yang menulis sindiran hakim pada warden yang bertugas semasa kejadian tersebut dan meminta warden tersebut meletak jawatan dan menjadi guru biasa sahaja. Hakim tersebut mungkin terlepas pandang dan tak tahu, jawatan warden ni hampir semua guru menolaknya. Hampir semua…
Jadi warden kerana terpaksa
Yang ada menjadi warden biasanya kerana terpaksa sahaja. Kenapa ramai guru menolak? Kerana tanggungjawab sangat berat. Sangat berat dan langsung tidak setimpal dengan elaun RM240 cuma itu.
Habis sahaja mengajar di sekolah, warden perlu berkejar ke asrama memastikan pelajar teratur dan berdisiplin di asrama. Memastikan tiada pelajar membuli, bermain bola, membuat huru hara, bergaduh, hisap rokok, memecahkan tingkap dan sebagainya.
Kena berlari ke dorm pula bila mengesyaki sesuatu tak kena. Asap vape dan asap rokok berkepul-kepul contohnya, raungan pelajar seolah didera, bunyi kecoh dan bising. Dah la penat pulang dari sekolah belum hilang, dah kena settlekan macam-macam karenah.
Baru nak rehat, ada masalah lain
Baru nak rehat sebelah malam, pengawas datang mengadu ada pelajar lompat pagar(fly atau runner istilah budak-budak). Berlari mengejar pula. Penat mengejar, baru nak masuk, ada laporan kipas dorm rosak kena bola. Naik pula ke dorm siasat siapa punya angkara.main bola kompom cermin tingkap ke,cermin sliding door bilik prep ke ada yg teramat pasti pecah berkecai.
Jam 1 pagi tengah lena, pintu rumah warden diketuk bertalu-talu. Ada pelajar kena serangan asthma. Ada pula jatuh dalam bilik air nampak kelibat hantu katanya. Belum cerita yang histeria, yang menceroboh asrama wanita dan sebagainya lagi.
Apa warden itu Superman?
Semua itu tugas warden untuk mengawal semua sekali. Apa warden itu Superman boleh buat semua dalam satu masa? Apa tenaga warden tak habis-habis nak selesaikan semua perkara?
Kadang anak isteri sendiri tak terlayan. Anak demam pun isteri je bawa ke klinik. Papa tak boleh teman, pelajar tengah merusuh. Ada kes buli sampai luka-luka.
Tak habis masalah di asrama ni. Macam-macam hal. Macam-macam kes. Yang tak masuk akal pun ada tau. Contohnya loker pakaian kayu tu ada pelajar baling dari tingkat 4 ke bawah. Ada yang sengaja membakar tong sampah. Membaling mercun bola tu dah biasa sangat.
Warden juga dipersalahkan
Dan saat ada kes buli di asrama, warden dipersalahkan seolah mereka ini diberi elaun RM24000 pula. Seolah warden asrama ada 180 orang. Seolah warden asrama ini lahir di planet Krypton. Seolah warden ini sehebat Son Goku. Sudahlah begitu, disindir-sindir pula bila ada kes buli dan seumpamanya di asrama. Seolahnya warden tak pernah bertugas dan tak pernah ada jasa.
Hati mana yang tak remuk tuan-tuan. Hati mana yang tak berkecil hati dan terasa. Mereka dah cuba sedaya upaya, mengorbankan segala masa dan tenaga. Saat semua guru lain menolak, mereka dengan terpaksa menerima. Dan saat jawatan dibahu mereka, kejadian menimpa dan mereka yang menerima kesannya.
Bersimpati pada rakan sejawat
Sungguh aku simpati pada rakan sejawat ini. Sungguh! Isu warden ni dah lama. Lama sangat dah. Hampir setiap tahun guru merungut. Aku sendiri tulis 4 tahun lepas mendapat lebih 1.3k like dari guru-guru. Bahawa tugas warden tidak sepatutnya dibebankan dibahu guru. Patut diwujudkan satu pekerjaan khas dah. Biar bukan guru yang menjadi warden.
Gajikan saja bekasan komando ke, bekasan askar jadi warden. Biar berdisiplin sikit anak-anak kita. Dan buat guru-guru yang disaman, semoga terus kuat dan tabah. Orang tidak melihat sejuta jasa, orang hanya akan menghukum atas satu kecuaian kita sahaja. Dan semoga KPM cepat-cepat membuat satu akta untuk melindungi para guru dari dianiaya dan dipersenda sesuka hati.
Sekian.
Sumber: Mohd Nizam Abdul Latif