Semasa

Utuber BlAD4P, Tawar Hadiah RM100 Edit Video Utk Content Lawat Kvbur Arwah Siti Sarah

Sebak Beritahu Anak Perkara Sebenar

Semalam, Shuib ada memuat naik sebuah video di Youtube mengenai reaksi anak-anaknya sebaik sahaja mengetahui ibu mereka sudah meninggal dunia.

Menurut Shuib, ketika arwah meninggal dunia, anak-anak masih tidur. Jadi, dia tidak mengejutkan mereka.

Sebaik tiba di rumah selepas urusan pengebumian, Shuib cuba untuk cekalkan hati dan tidak bercakap mengenai perkara tersebut terlebih dulu.

“Ketika masuk ke dalam rumah, saya seboleh mungkin cuba mengelak untuk bertemu anak-anak tapi tak sempat.

Ini kerana puteri kedua saya iaitu Talita terus bertanya adakah saya sudah menerima gambar adik bongsunya, Ayash Affan.

Kemudian saya beritahu saya perlu mandi terlebih dulu kerana ada urusan di luar sebentar tadi.

Kemudian ketika mahu ambil air sembahyang, ibu mentua saya hubungi dan meminta saya terangkan perkara ini kerana anak-anak boleh tahu berita ini menerusi YouTube.

Jadi ini adalah dugaan paling berat perlu saya lakukan. Saya cekalkan hati dan turun panggil anak-anak.

Kebetulan ketika membuka TV, tajuk beritanya adalah Siti Sarah sudah tiada. Jadi, terus anak-anak bertanya sama ada betul atau tidak berita ini.”

Shuib turut memberitahu bahawa dia mandi agak lama kerana cuba mencari jalan bagaimana untuk beritahu anak-anak supaya mereka boleh menerima ketentuan ini.

Enggan membiarkan anak-anaknya terus berteka-teki, Shuib berterus terang dan menjelaskan perkara sebenar yang ibu mereka sudah tiada.

“Saya beritahu kepada mereka kalau sebelum ini kita buat solat hajat untuk mohon supaya ibu balik, tapi sekarang ini ibu tidak akan balik rumah lagi.

Ketika itu semua diam. Ada yang faham, ada yang tidak faham. Saya cuba terangkan satu persatu kepada mereka.

Saya beritahu kita berdoa dengan Allah supaya ibu balik, tapi ibu bukan milik kita sebaliknya ibu milik Allah.

Jadi Allah tak boleh pulangkan kepada kita sebab Allah terlalu sayangkan dia, mungkin dia terlalu baik.

Jadi Allah nak ambil dia dan kita tidak akan jumpa dia lagi.

Waktu itu anak-anak semua menangis teresak-esak, tapi lama-lama mereka faham. Jadi saya beritahu kepada mereka yang ibu pesan mahu anak-anaknya jadi anak yang soleh dan solehah.

Ibu juga beritahu harta yang dia miliki adalah anak-anaknya. Ibu mahu anak-anak turut pandai mengaji dan tidak tinggal solat.

Ketika berdoa pula, saya meminta pertolongan Allah untuk bimbing saya dan anak-anak menjadi seperti Siti Sarah.

Dia nak sangat anak-anak dia menjadi anak yang tidak kedekut dan sentiasa berbuat baik sesama manusia.

Dalam doa itu semua anak-anak saya menangis. Allahuakbar, insya-Allah mereka faham.”

Shuib turut meluahkan rasa syukur kerana ketiga-tiga anaknya faham dengan apa yang disampaikan.

Shuib turut mengajak anak-anaknya mengerjakan solat Asar bersama, cuma bezanya kali ini tiada lagi solat hajat.

Shuib memaklumkan kepada umum bahawa dia akan memuat naik video penuh mengenai reaksi anak-anakya di akaun Youtube kelak.

Diva AA Mohon Ampun Kepada Keluarga Siti Sarah

Azwan Ali ataupun yang lebih mesra digelar Diva AA yang mengucapkan takziah kepada Shuib dan keluarga atas pemergian Siti Sarah.

Menurut Diva AA menerusi video TikTok, dia yang serba hitam di dalam video tersebut meluahkan rasa pilunya.

Ini atas apa yang berlaku dan sempat ‘recap’ semula kenangannya bersama arwah.

Diva AA menyesal tyan

Sumber Video : Tiktok

“Minta maaf ada soalan dalam program Amboi, amboi, amboi dan Chit Chat”

Pernah bertanyakan soalan maut kepada Siti Sarah ketika mengacarakan beberapa program TV, Azwan Ali memohon maaf kepada arwah.

Dan memuji sikap Sarah yang menjawab soalan yang diajukannya dengan tenang.

“Diharap video ini sampai kepada tuan empunya badan, tak lain tak bukan to Shuib dari Sepahtu yang telah kehilangan isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Salam takziah, just move on dan jaga anak-anak baik-baik. Diva AA cuma nak recap sikit, kenangan banyak kali bekerja dengan arwah.

Minta ampun sebab ada soalan maut dalam Amboi, Amboi, Amboi Astro atau chit chat zaman tu.

Arwah sangat selamba menjawabnya, sangat vocal, dia tidak takut dengan soalan Diva AA. Diva AA minta diampunkan.

Semoga tenanglah roh arwah di sana. Tak tahulah bila dapat berjumpa Shuib dan semua,”katanya.

Meskipun video tersebut telah ditutup ruang komen, ia telah mendapat lebih 21,000 likes dari pengguna TikTok.

Utuber Jadikan Kvbur Siti Sarah Sbg Content

Personaliti media sosial Aisar Khaled menerima kecaman wargamaya.

Ini apabila menyiarkan video menziarahi pusara penyanyi Siti Sarah yang dipercayai tidak sensitif dan bertujuan mengaut tontonan.

Aisar yang sebelum ini pernah menerima kecaman kerana pelbagai kandungan yang tidak sensitif telah memuat naik sebuah video di laman YouTube miliknya dan mengundang rasa marah wargamaya.

Menerusi perkongsian video berdurasi 10 minit itu, Aisar yang menziarahi hanya di luar pintu pagar tanah perkuburan dan melakukan ulasan mengenai pemergian Siti Sarah di dalam kereta.

Malah, di pertengahan video, dia turut dikatakan melakukan peraduan dengan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM100 kepada pemenang.

Menerusi pemerhatian Gempak, sedutan video tersebut turut dikongsi di laman Instagram miliknya namun ia telah dipadam setelah beberapa jam dimuat naik.

Di Twitter, video Aisar tersebut menerima pelbagai kecaman pengguna yang berpendapat pelakon drama bersiri Chandelier itu tidak memikirkan perasaan mereka yang baru merasa kehilangan.

Malah, dia yang dilihat memakai kurta dan dipadankan dengan seluar hitam ketat turut dihentam kerana dikatakan tidak menghormati kawasan tanah perkuburan.

Tidak hanya itu, wargamaya juga menyeru orang ramai untuk melaporkan video tersebut kepada pihak YouTube untuk diambil tindakan.

Hal macam ni pun boleh jadi content ye? I cannot brain.. for the seek of views? Mana pergi sensitivity? Hmm,” kata seorang wargamaya.

Oh come on. The rules is very simple. Who are you to actually do this kind of content?

She passed away this morning, you create this content, and offer people to edit the video by giving them RM100? Over someone’s death?

So this is the “influencer” material??? Come on @aisar_khaled,” luah seorang wargamaya.

“@aisar_khaled like seriously? Make it as content? Give some respect bro. Jenis asal boleh buat duit semua langgar. Takda common sense ke?” tanya seorang wargamaya.

Report je youtube dia. Apa hanat benda camni nak buat content.

Lagi satu, bodoh la melayu-melayu yang agung kan sangat orang macam ni. Tak boleh nak fikir ke,” komen seorang wargamaya.

Orang lain buat content jugak, tapi mamat ni level “kena maki takpa asalkan duit masuk”, ujar seorang wargamaya.

Tak kena dekat family sendiri tu lagi, tu yang kalut buat content tu,” pesan seorang wargamaya.

Dia tak penat ke bodohkan diri sendiri,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 2,500 tanda ‘dislike’ daripada penonton.

Terdahulu, nama Aisar pernah menjadi bahan kecaman umum kerana isu memakai baju ketat ketika menerima suntikan vaksin, tidak mengimbas kod MySejahtera ketika makan di sebuah restoran serta pembaziran gel penyejuk badan.

Ayah Siti Sarah, Raisuddin Hamzah Tidak Dapat Hadir Lihat Anak Perempuan Dikebvmikan

Azwan Ali MenyesaI Pernah Tanya Soalan Panas Ini Ketika Arwah Siti Sarah Masih Hidup

Ayah kepada Siti Sarah tidak dapat hadir untuk ‘menghantar’ anak perempuannya ke tempat persinggahan terakhir kerana masih kuarantin di rumah.

Perkara ini dapat dilihat melalui satu video yang dimuat naik oleh individu bernama Shafiq Sharip di instagram beliau.

Menurut Shafiq, dia dan ayah arwahh akan ke tanah perkvburan tersebut sejurus mereka selesai kuarantin.

“Nanti dah habis kuarintin abu dengan abah pegi tengok akak ye. Akak orang baik ramai orang sayangkan akak tapi allah lebih sayangkan akak.

Insyaallah kak selagi abu ade abu jaga abg dan family akak mcm family abu sendiri. Akak rehat ye, Abu sayang akak”

Hanya 11 Tahun Dipinjam Allah

Shuib mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan peminat yang mendoakan buat arwah isterinya.

Dia turut memohon maaf kerana masih belum ada kesempatan untuk membalas mesej atau menjawab panggilan telefon.

“Sebenarnya tujuan saya buat Live IG, pertama, saya tak boleh tengok lama media sosial.

Sebenarnya, saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengikut saya di Instagram, Facebook, TikTok.

Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian kepada semua orang yang telah adakan bacaan Yassin, solat hajat kepada isterinya.

Saya tahu setiap DM yang masuk itu adalah mendoakan saya, isteri saya. Saya nak minta maaf kalau tak sempat nak reply teks, Whatsapps.

Saya tak boleh nak angkat, tak boleh nak jawab sekarang. Saya hargai setiap DM, setiap teks, setiap komen.

Saya tahu semua benda itu adalah kerana kasih sayang, kerana doa, kerana nakkan isteri saya sihat.”

Azwan Ali MenyesaI Pernah Tanya Soalan Panas Ini Ketika Arwah Siti Sarah Masih Hidup

Suami kepada Siti Sarah ini juga mengimbau kenangan sewaktu awal pernikahan mereka pada 11 tahun yang lalu.

Pasangan ini juga pernah berniaga di tapak bazar Ramadan sebelum Shuib menyertai pertandingan program realiti.

Perkongsian kisah daripada Shuib ini telah membuatkan ramai pengikutnya sebak dan mengalirkan air mata.

“Isteri saya bukan milik saya, dia milik Allah. Allah pinjamkan sekejap je buat saya dalam 11 tahun.

11 tahun yang luar biasa untuk saya. Saya dengan tak ada apa-apa. Saya tak ada kereta pun. Saya duduk dengan isteri saya atas surat khabar buka puasa.

Tapi dia cakap, ‘I akan ada dengan you, akan support you kat mana pun you berada’. Dia sentiasa support saya, doakan untuk saya.

Saya pernah buka gerai di bazaar Ramadan dan dia tolong berniaga sekali. Dia tak pernah malu pun.

Sedangkan dia artis. Saya almost give up, tapi dia orang kat belakang saya cakap ‘you go, you can do it’.

Apa yang saya ada, saya yang tumpang tuah dia. Tuah seorang isteri yang taat, yang tak pernah malu pun. Berbekalkan itu, saya ada kat mana saya sekarang.

Saya bukannya hebat sangat. Yang paling penting, inshaallah saya akan bantu semua orang.”

Azwan Ali MenyesaI Pernah Tanya Soalan Panas Ini Ketika Arwah Siti Sarah Masih Hidup

Shuib turut menasihati pengikutnya terutama kepada golongan isteri untuk berbuat baik kepada suami dan keluarga.

Seorang isteri mampu mengubah kehidupan suaminya menjadi lebih baik.

“Selama 11 tahun, saya tumpang luck dia. Selama 11 tahun saya kahwin dengan dia, dia tak pernah tanya duit saya.

Saya tak pernah gaduh dengan dia nak balik kampung. Dia tak kisah pun. Yang penting dia happy, mak saya happy.

Dia tak pernah tanya duit dalam akaun saya, dia tak pernah tanya pun duit saya pergi mana. Dia yang mengajar saya untuk tidak berkira-kira dengan duit.

Dia nasihat saya untuk tidak berkira-kira dengan duit, bila kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira dengan sedekah.

Dia orang yang suka bersedekah. Kat sini saya nak bagi tahu, saya memang tak ada apa-apa. Saya tumpang luck dia. Dia bagi tips kepada saya.

Hari ni saya turunkan dia ke dalam liang. Saya yang turunkan dia, saya pegang pinggang. Dia cukup ringan.

Saya tengok liang dia tak besar, dia turun ke liang tanpa sangkut. Dengan senangnya…

Saya masih rasa lagi kebesaranNya. Selesai pemergian dia yang cukup biasa bagi saya.

Orang ramai masih tunggu dia sampai habis. Saya tak sangka, saya tak boleh tengok senyuman dia lagi.”

Walau bagaimanapun, dia tetap redha dengan ketentuan Allah kerana mengetahui isterinya sangat disayang Tuhan. Maka dia diambil terlebih dahulu berbanding orang lain.

Pesanan-pesanan Shuib dilihat begitu jelas dengan menjadikan tragedi yang dialaminya sebagai iktibar agar orang lain tidak melakukan kesilapan yang sebegitu dalam menjaga diri dari penularan Covid-19.

Sumber: Shuib

Sumber Rujukan : MSTAR ONLINE / IG Shafiq.Sharip/TiktokAA/Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih