Semasa

Video Lelaki Cina Ini Nyanyi Lagu Jiwang, Sampai 1 Juta Tontonan Siap Ada Yang Menangis

Setiap kali bersedih, pasti ramai di antara kita akan menyanyi atau mendengar lagu jiwang, lebih-lebih lagi jika putus cinta.

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok mengunakan nama @abeyjoe0 memaparkan seorang lelaki Cina menyanyikan lagu jiwang dan seperti sedang bersedih.

Menerusi video tersebut, lelaki Cina itu berada dalam kereta menyanyikan lagu popular dari Indonesia iaitu Cinta Sampai Mati nyanyian Raffa Affar sambil dirakam oleh rakannya.

Malah, lelaki Cina itu turut menyanyikan lagu berkenaan dengan tingkap terbuka sambil diperhatikan oleh pengguna jalan raya lain.

Perkongsian video itu yang kini meraih 1.1 juta tontonan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada netizen mengatakan, lelaki tersebut dilihat nampak ganas apatah lagi bertatu tetapi menyanyikan lagu jiwang.

Dalam pada itu, ramai yang memuji suara merdu lelaki tersebut sehinggakan ada yang menangis mendengar nyanyiannya itu.

SUMBER: TikTok