Semasa

Wanita Syak Teman Lelakinya Bawa Wanita Lain Keluar, Kekasihnya Terpaksa Pacak Paku Di Motosikal Demi Buktikan Kesetiaan

Dalam setiap pasangan, sifat cemburu adalah sesuatu yang paling tidak diinginkan dan akan cuba dielakkan sedaya upaya jika sudah sayang. Ini kerana, cemburu boleh menyebabkan hubungan pasangan itu retak.Wanita Syak Teman Lelakinya Bawa Wanita Lain Keluar, Kekasihnya Terpaksa Pacak Paku Di Motosikal Demi Buktikan Kesetiaan

Cemburu itu memang sukar dielakkan, namun mempunyai kekasih yang kuat cemburu dalam apa sahaja benda juga boleh memeningkan kepala. Itulah yang dialami oleh lelaki yang dikenali sebagai Khoirul Anam ini yang mempunyai kekasih yang kuat cemburu.

Khoirul Anam yang berasal dari Magelang, Jawa Tengah, Indonesia mempunyai kekasih yang terlalu kuat cemburunya dan sering mengesyaki Khoirul Anam sering membawa wanita lain keluar berjalan-jalan nak motosikalnya.

Oleh itu, Khoirul Anam menggunakan cara unik untuk membuktikan kesetiaannya dan membuktikan kepada kekasihnya bahawa dia tidak pernah membawa wanita lain berjalan-jalan.

Wanita Syak Teman Lelakinya Bawa Wanita Lain Keluar, Kekasihnya Terpaksa Pacak Paku Di Motosikal Demi Buktikan Kesetiaan
Caranya pacak paku di seat motosikal bahagian belakang

Demi mencapai tujuannya, Khoirul sanggup melakukan ubahsuai kepada motosikal jenis Honda Beatnya dengan membuat pelapik khas untuk tempat duduk penumpang belakang. Selepas itu banyak paku dipacakkan di tempat duduk belakang.

Tujuannya sangat jelas iaitu untuk supaya orang lain tidak dapat duduk di bahagian belakang motosikal. namun apa yang lucinya, keadaan ini juga turut melibatkan teman wanitanya.

Wanita Syak Teman Lelakinya Bawa Wanita Lain Keluar, Kekasihnya Terpaksa Pacak Paku Di Motosikal Demi Buktikan Kesetiaan

Jika teman wanitanya mahu menaiki motosikalnya maka teman wanita terpaksa duduk di bahagian depan.

Wanita Syak Teman Lelakinya Bawa Wanita Lain Keluar, Kekasihnya Terpaksa Pacak Paku Di Motosikal Demi Buktikan Kesetiaan
Teman wanita dia muka macam tak puas hati jer.. haha

Moga dengan cara ini, kekasihnya tidak lagi mudah cemburu dan Khairol boleh membuktikan kesetiaannya.

Diharapkan, teman wanita Khairol tidak lagi kuat cemburu dan bolehlah si Khairol ubah balik seat belakang motosikal dia. Min tengok teman wanita dia duduk di depan tu pun macam tak puas hati je.. haha.

Rata-rata netizen berpendapat, walaupun cara ini boleh elakkan orang atau wanita lain menumpang motosikal Khairol, tetapi cara ini lebih kepada menyusahkan teman wanitanya sendiri. Selain itu, ia juga berbahaya dan menyebabkan kecederaan. Apa-apapun, kita doakan semoga hubungan pasangan ini kekal bahagia dan setia antara satu sama lain.

Orang tua zaman dulu-dulu sering kata cemburu itu tandanya sayang, tapi berpada-pada, takut pasangan jadi rimas pula bila sering dikongkong.